Sebagai Ketua Projek, saya bertanggungjawab untuk menyediakan :
LAPORAN
LAWATAN AKADEMIK KE SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
(SSM), MELAKA
 |
| Prof Madya Azizah &Pn Surhana |
PENDAHULUAN
Program
Lawatan Akademik ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), cawangan Melaka adalah
satu program yang diusahakan oleh pelajar-pelajar Semester 6, Ijazah Sarjana
Muda Perakaunan (BACC), UiTM kampus Bandaraya Melaka. Ini adalah selaras dalam
subjek CRG 530 ( Corporate Governance) yang diambil oleh para pelajar BACC yang
mendedahkan pelajar mengenai peranan dan tanggungjawab SSM berkaitan perbadanan
syarikat dan juga pendaftaran perniagaan, takbir urus syarikat, tanggungjawab
pengarah dan setiausaha syarikat.
Disamping
itu juga, melalui perlaksaan program ini dapat memberi peluang kepada
pelajar-pelajar untuk melihat sendiri dan merasai suasana sebenar cara bekerja
di SSM. Hal ini dapat membantu dan member sedikit sebanyak kepada pelajar
gambaran secara praktikal teori-teori yang telah diajar di dalam kelas dan
silibus.
Laporan Aktiviti
Lawatan Akademik ke SSM, Melaka
Lawatan
Akademik ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia, cawangan Melaka pada 18 APRIL 2012
adalah anjuran pelajar-pelajar dari kelas BACC 6D. Lawatan ini bermula dengan
pelajar-pelajar BACC 6D dan Prof Madya Azizah Binti Dolah mula berkumpul di
perkarangan UiTM, Kampus Bandaraya Melaka pada jam 10.15pagi untuk menaiki
sebuah bas yang telah disediakan oleh pihak Unit Kenderaan UiTM Bandaraya
Melaka. Bas memulakan perjalanan tepat pada jam 10.35 pagi dan selamat tiba di
SSM, Melaka pada pukul 10.55 pagi.
Para
pelajar telah dijemput masuk oleh wakil SSM ke dalam bilik mesyuarat SSM
sebagai lokasi tempat taklimat yang diberikan oleh Puan Surhana Binti Razali,
Ketua Operasi SSM Negeri Melaka. Taklimat telah berlansung selama dua (2) jam
bermula pada pukul 11.00 pagi berakhir pada pukul 1.00 petang. Para pelajar
juga telah diberikan risalah-risalah mengenai SSM.
Puan
Suhana Binti Razali telah memberi taklimat mengenai latar belakang SSM, maksud
perniagaan dan syarikat, cara-cara, peraturan serta undang-undang yang perlu
dikuti oleh individu atau badan-badan tertentu untuk mendaftar perniagaan dan
menubuhkan syarikat di Malaysia. Selain dari itu, beliau juga telah memberi
pededahan suasana sebenar, isu-isu semasa dan masalah-masalah yang dihadapi
oleh orang awam dalam perniagaan dan penubuhan syarikat. Beliau juga turut
menerangkan tindakan udang-undang yang akan dikenakan kepada meraka yang gagal
mematuhi atau melanggar syarat-syarat, peraturan dan akta yang sedia maklum.
Sebelum
program berakhir, Prof Madya Azizah binti Dolah telah dijemput untuk
menyampaikan cenderamata kepada Puan Surhana Razali sebagai tanda terima kasih
di atas kesudian beliau menerima kunjungan para pelajar BACC 6D dan berharap
beliau dan pihak SSM, Melaka dapat bekerjasama lagi pada masa hadapan.
Pelajar-pelajar
BACC 6D bersama pensyarah telah dijemput untuk bersarapan pagi yang telah
disediakan oleh pihak SSM, Melaka setelah program berakhir. Kami memulakan
perjalanan pulang ke UiTM Kampus Bandaraya Melaka pada pukul 1.30 petang dan
selamat tiba pada pukul 1.55 petang.
 |
| kenangan.. |