Thursday, June 28, 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Jangan terkejut.. this is just the title of a song from 

Ungu ft. Rossa


It's such a nice song...  I love the lyrics and the voices..
Unfortunately .... I still don't have any "Awek" to pinang (Propose)..
It was about 6 years ago when my last time that I have a girlfriend..
And then what happen within this 6 years?? Only those who know..haha

Anyway, this is the lyrics: 

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Sweet Right?? A really good song to dedicate to your someone special... Good Luck!  =)

Friday, June 8, 2012

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Sebagai Ketua Projek, saya bertanggungjawab untuk menyediakan :
LAPORAN LAWATAN AKADEMIK KE SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
(SSM), MELAKA

Prof Madya Azizah &Pn Surhana
PENDAHULUAN
Program Lawatan Akademik ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), cawangan Melaka adalah satu program yang diusahakan oleh pelajar-pelajar Semester 6, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (BACC), UiTM kampus Bandaraya Melaka. Ini adalah selaras dalam subjek CRG 530 ( Corporate Governance) yang diambil oleh para pelajar BACC yang mendedahkan pelajar mengenai peranan dan tanggungjawab SSM berkaitan perbadanan syarikat dan juga pendaftaran perniagaan, takbir urus syarikat, tanggungjawab pengarah dan setiausaha syarikat.
Disamping itu juga, melalui perlaksaan program ini dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk melihat sendiri dan merasai suasana sebenar cara bekerja di SSM. Hal ini dapat membantu dan member sedikit sebanyak kepada pelajar gambaran secara praktikal teori-teori yang telah diajar di dalam kelas dan silibus. 
Laporan Aktiviti Lawatan Akademik ke SSM, Melaka
Lawatan Akademik ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia, cawangan Melaka pada 18 APRIL 2012 adalah anjuran pelajar-pelajar dari kelas BACC 6D. Lawatan ini bermula dengan pelajar-pelajar BACC 6D dan Prof Madya Azizah Binti Dolah mula berkumpul di perkarangan UiTM, Kampus Bandaraya Melaka pada jam 10.15pagi untuk menaiki sebuah bas yang telah disediakan oleh pihak Unit Kenderaan UiTM Bandaraya Melaka. Bas memulakan perjalanan tepat pada jam 10.35 pagi dan selamat tiba di SSM, Melaka pada pukul 10.55 pagi.
Para pelajar telah dijemput masuk oleh wakil SSM ke dalam bilik mesyuarat SSM sebagai lokasi tempat taklimat yang diberikan oleh Puan Surhana Binti Razali, Ketua Operasi SSM Negeri Melaka. Taklimat telah berlansung selama dua (2) jam bermula pada pukul 11.00 pagi berakhir pada pukul 1.00 petang. Para pelajar juga telah diberikan risalah-risalah mengenai SSM.
Puan Suhana Binti Razali telah memberi taklimat mengenai latar belakang SSM, maksud perniagaan dan syarikat, cara-cara, peraturan serta undang-undang yang perlu dikuti oleh individu atau badan-badan tertentu untuk mendaftar perniagaan dan menubuhkan syarikat di Malaysia. Selain dari itu, beliau juga telah memberi pededahan suasana sebenar, isu-isu semasa dan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang awam dalam perniagaan dan penubuhan syarikat. Beliau juga turut menerangkan tindakan udang-undang yang akan dikenakan kepada meraka yang gagal mematuhi atau melanggar syarat-syarat, peraturan dan akta yang sedia maklum.
 Sebelum program berakhir, Prof Madya Azizah binti Dolah telah dijemput untuk menyampaikan cenderamata kepada Puan Surhana Razali sebagai tanda terima kasih di atas kesudian beliau menerima kunjungan para pelajar BACC 6D dan berharap beliau dan pihak SSM, Melaka dapat bekerjasama lagi pada masa hadapan.
Pelajar-pelajar BACC 6D bersama pensyarah telah dijemput untuk bersarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak SSM, Melaka setelah program berakhir. Kami memulakan perjalanan pulang ke UiTM Kampus Bandaraya Melaka pada pukul 1.30 petang dan selamat tiba pada pukul 1.55 petang.



kenangan..


Kehijauan + Baju Melayu Coklat

Gambar-gambar kenangan di Kelantan!







Asri Azam